Sekapur Sirih

Written by saidah. Posted in PROFILE SEKOLAH

Bismillahirrahmanirrahim….

Assalamualaikum Warahmatullahiwabarokatuh

Selamat Menyambut Sesi Persekolahan Tahun 2015

Alhamdulillah dengan izin limpah kurnia Nya, kita masih diberi peluang melangkah ke tahun baru (2015) dan juga masih diberi kekuatan untuk terus membimbing anak-anak pelajar yang terpilih menimba ilmu di sekolah ini.  Sekolah yang menjadi  idaman dan kepercayaan para ibu bapa menghantar anak-anak mereka menimba ilmu.

Sekalung penghargaan diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menghasilkan Buku Pengurusan 2015.  Buku yang menjadi teras dan sebagai panduan para guru dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai pendidik, pendidik yang sentiasa berpegang teguh pada falsafah pendidikan negara.  Semoga segala yang dirancang berjalan sebagaimana yang dikehendaki. Insya Allah…..

Insya Allah dengan kepercayaan yang diberi oleh para ibu bapa, kita akan menggandakan usaha untuk melahirkan generasi yang berkualiti, berkualiti dari segi akademik dan berkualiti Al-Quran.  Sejajar dengan matlamat ini, maka kita akan mengadakan pelbagai cabang projek serta program Akademik dan Al-Quran yang dirasakan mampu meningkatkan prestasi anak-anak pelajar.  Berkat kesungguhan dan berbekalkan tekad yang jitu, nescaya kita akan dapat mengekalkan kecemerlangan sekolah ini.

Pelaksanaan Mentor Mentee dan Amalan Guru Penyayang merupakan sebahagian daripada proses membentuk pelajar yang berilmu, berakhlak mulia dan bertanggungjawab.  Kita sebagai pendidik haruslah terus berusaha bekerja sebagai satu pasukan dan menitikberatkan keupayaan para pelajar bagi membolehkan anak-anak pelajar mencapai impian.  Amalan guru penyayang yang menekankan nilai-nilai murni haruslah diterap dalam jiwa raga setiap pendidik supaya kita ikhlas dalam melaksanakan amanat yang telah diserahkan. 

Akhir kata berusahalah mendidik anak-anak pelajar dengan sepenuh tenaga, seikhlas hati .

 “Pelajar cemerlang kerana guru cemerlang”.

………………………………………

ABDUL AZIZ BIN ABDULLAH

Pengetua

SM IMTIAZ YT DUNGUN