Piagam Pelanggan

Written by saidah. Posted in PROFILE SEKOLAH

PIAGAM PELANGGAN

~~~~~~~~~~~~~~~~~

KAMI WARGA SEKOLAH MENENGAH IMTIAZ YT DUNGUN PENUH TEKAD &   IKHTIZAM BERIKRAR DAN BERJANJI AKAN :-

ü  MEMASTIKAN SEMUA PELAJAR MENDAPAT GRED ‘A’ DALAM SEMUA MATA PELAJARAN PEPERIKSAAN AWAM

ü  MENGHASILKAN HAFIZ & HAFIZAH YANG DAPAT MENGHAFAZ SEKURANG-KURANGNYA 20 JUZUK AL-QURAN SETELAH TAMAT PERSEKOLAHAN

ü  MENJADI GURU-GURU YANG DINAMIK & KOMITED

ü  DAPAT MENYEDIAKAN KEMUDAHAN PdP DENGAN TEKNOLOGI TERKINI

ü  MENYEDIAKAN ASRAMA DAN PERSEKITARAN YANG KONDUSIF DAN SELAMAT

ü  BERKEUPAYAAN MEMBERI PANDANGAN DALAM PENYELESAIAN MASALAH DENGAN MEMAKSIMAKAN KEUPAYAAN OTAK DAN MINDA, BERFIKIRAN KREATIF, INOVATIF SERTA BERTEKNOLOGI TINGGI

 

PENJENAMAAN IMTIAZ

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

    I               ~              ITQAN                    ~              KESUNGGUHAN

 M             ~              MAHABBAH         ~              KASIH SAYANG

              T              ~              TAQWA                 ~              TAAT KEPADA ALLAH

I               ~              ISTIQAMAH         ~              BERTERUSAN

A             ~              AKHLAK               ~              BUDI PEKERTI

              Z              ~              ZAAMAH               ~              KEPIMPINAN

Visi & Misi

Written by saidah. Posted in PROFILE SEKOLAH

VISI DAN MISI KPM

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

VISI:

PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA 

MISI:

MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA

 

 

VISI, MISI DAN MOTO IMTIAZ

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 

VISI:

MENJADI INSTITUSI PENDIDIKAN BERTARAF DUNIA YANG MAMPU MELAHIRKAN GENERASI ULUL ALBAB BERCIRIKAN QURANIK, ENSAIKLOPEDIK DAN IJTIHADIK MENJELANG TAHUN 2015

 

MISI:

MENJADIKAN AL-QURAN SEBAGAI TERAS PEMBELAJARAN DALAM MENDIDIK PELAJAR SUPAYA MAMPU MENGUASAI

PELBAGAI DISIPLIN ILMU, BAHASA DAN KEMAHIRAN.

MENYEDIAKAN PRASARANA PENDIDIKAN DAN IKLIM PEMBELAJARAN YANG KONDUKTIF

 

MOTO

GENERASI ULUL ALBAB MENCIPTA ZAMAN

 

QURANIK, ENSAIKLOPEDIK, IJTIHADIK

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

QURANIK

~~~~~~

MENGHAFAZ 30 JUZUK AL-QURAN SERTA MEMAHAMI TUNTUTANNYA

BERDASARKAN KONSEP BIFFAS (BACA, INGAT, FAHAM,

FIKIR, AMAL & SEBAR) MENERUSI MODUL PENGAJARAN KTM

(KELANCARAN, TAJWID & MAKHRAJ)

 

ENSAIKLOPEDIK

~~~~~~~~~~~~

BERPENGETAHUAN DAN BERKEMAHIRAN TINGGI SERTA BOLEH

MENJADI TEMPAT RUJUKAN DALAM PELBAGAI DISIPLIN,

ILMU SERTA MENGUASAI PELBAGAI BAHASA

 

  IJTIHADIK

~~~~~

BERKEUPAYAAN MEMBERI PANDANGAN DALAM PENYELESAIAN MASALAH

DENGAN MEMAKSIMAKAN KEUPAYAAN OTAK DAN MINDA,

BERFIKIRAN KREATIF, INOVATIF SERTA BERTEKNOLOGI TINGGI

Profile Sekolah

Written by saidah. Posted in PROFILE SEKOLAH

MAKLUMATSEKOLAH

~~~~~~~~~~~~~~~~

KOD SEKOLAH                      :               TFT 1002

ALAMAT                                :               JALAN SURA JETI, DUNGUN, TERENGGANU

POSKOD                               :               23000

TELEFON                              :               09-8483421, 09-8455975, 09-8443192

FAKS                                    :               09-8482514

EMAIL                                   :               This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

SESI PERSEKOLAHAN         :               PAGI SAHAJA

LOKASI                                 :               BANDAR

JENIS SEKOLAH                  :               SEKOLAH AGAMA BANTUAN KERAJAAN

GRED SEKOLAH                  :               A

 

LATAR BELAKANG SEKOLAH

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sekolah Menengah IMTIAZ Yayasan Terengganu Dungun merupakan salah sebuah sekolah yang diilhamkan oleh bekas Menteri Terengganu iaitu Y.A.B. Dato’ Seri Idris bin Jusoh pada tahun 2005 bagi melahirkan generasi ULUL ALBAB (Quranik, Ensaiklopedik dan Ijtihadik). Pembelajaran di Sekolah Menengah IMTIAZ YT Dungun dibahagikan kepada 3 kurikulum iaitu Kurikulum Kebangsaan (Akademik), Kurikulum Agama (Diniyyah/ I’dadi) dan Program Hafazan Al-Quran.

Pada tahun 2007 Sekolah Menengah IMTIAZ Yayasan Terengganu Dungun terbahagi kepada 2 premis bagi menampung  jumlah pelajar yang semakin meningkat.  Sekolah Menengah IMTIAZ Atas terletak di Kompleks Sura Gate yang beralamat di Jalan Teluk Lipat Dungun, ianya menempatkan pelajar tingkatan  4 & 5.  Sekolah Menengah IMTIAZ Bawah terletak di Jalan Sura Jeti Dungun yang menempatkan pelajar tingkatan 1, 2 & 3.

Sesi persekolahan di IMTIAZ bermula jam 7.40 pagi dan tamat pada jam 4.30 petang. Pengambilan pelajar adalah berdasarkan keputusan 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).  Pelajar yang memohon akan menjalani proses temuduga hafazan dan temuduga personaliti.

Sekapur Sirih

Written by saidah. Posted in PROFILE SEKOLAH

Bismillahirrahmanirrahim….

Assalamualaikum Warahmatullahiwabarokatuh

Selamat Menyambut Sesi Persekolahan Tahun 2015

Alhamdulillah dengan izin limpah kurnia Nya, kita masih diberi peluang melangkah ke tahun baru (2015) dan juga masih diberi kekuatan untuk terus membimbing anak-anak pelajar yang terpilih menimba ilmu di sekolah ini.  Sekolah yang menjadi  idaman dan kepercayaan para ibu bapa menghantar anak-anak mereka menimba ilmu.

Sekalung penghargaan diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menghasilkan Buku Pengurusan 2015.  Buku yang menjadi teras dan sebagai panduan para guru dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai pendidik, pendidik yang sentiasa berpegang teguh pada falsafah pendidikan negara.  Semoga segala yang dirancang berjalan sebagaimana yang dikehendaki. Insya Allah…..

Insya Allah dengan kepercayaan yang diberi oleh para ibu bapa, kita akan menggandakan usaha untuk melahirkan generasi yang berkualiti, berkualiti dari segi akademik dan berkualiti Al-Quran.  Sejajar dengan matlamat ini, maka kita akan mengadakan pelbagai cabang projek serta program Akademik dan Al-Quran yang dirasakan mampu meningkatkan prestasi anak-anak pelajar.  Berkat kesungguhan dan berbekalkan tekad yang jitu, nescaya kita akan dapat mengekalkan kecemerlangan sekolah ini.

Pelaksanaan Mentor Mentee dan Amalan Guru Penyayang merupakan sebahagian daripada proses membentuk pelajar yang berilmu, berakhlak mulia dan bertanggungjawab.  Kita sebagai pendidik haruslah terus berusaha bekerja sebagai satu pasukan dan menitikberatkan keupayaan para pelajar bagi membolehkan anak-anak pelajar mencapai impian.  Amalan guru penyayang yang menekankan nilai-nilai murni haruslah diterap dalam jiwa raga setiap pendidik supaya kita ikhlas dalam melaksanakan amanat yang telah diserahkan. 

Akhir kata berusahalah mendidik anak-anak pelajar dengan sepenuh tenaga, seikhlas hati .

 “Pelajar cemerlang kerana guru cemerlang”.

………………………………………

ABDUL AZIZ BIN ABDULLAH

Pengetua

SM IMTIAZ YT DUNGUN