Profile Sekolah

Written by saidah. Posted in PROFILE SEKOLAH

MAKLUMATSEKOLAH

~~~~~~~~~~~~~~~~

KOD SEKOLAH                      :               TFT 1002

ALAMAT                                :               JALAN SURA JETI, DUNGUN, TERENGGANU

POSKOD                               :               23000

TELEFON                              :               09-8483421, 09-8455975, 09-8443192

FAKS                                    :               09-8482514

EMAIL                                   :               This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

SESI PERSEKOLAHAN         :               PAGI SAHAJA

LOKASI                                 :               BANDAR

JENIS SEKOLAH                  :               SEKOLAH AGAMA BANTUAN KERAJAAN

GRED SEKOLAH                  :               A

 

LATAR BELAKANG SEKOLAH

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sekolah Menengah IMTIAZ Yayasan Terengganu Dungun merupakan salah sebuah sekolah yang diilhamkan oleh bekas Menteri Terengganu iaitu Y.A.B. Dato’ Seri Idris bin Jusoh pada tahun 2005 bagi melahirkan generasi ULUL ALBAB (Quranik, Ensaiklopedik dan Ijtihadik). Pembelajaran di Sekolah Menengah IMTIAZ YT Dungun dibahagikan kepada 3 kurikulum iaitu Kurikulum Kebangsaan (Akademik), Kurikulum Agama (Diniyyah/ I’dadi) dan Program Hafazan Al-Quran.

Pada tahun 2007 Sekolah Menengah IMTIAZ Yayasan Terengganu Dungun terbahagi kepada 2 premis bagi menampung  jumlah pelajar yang semakin meningkat.  Sekolah Menengah IMTIAZ Atas terletak di Kompleks Sura Gate yang beralamat di Jalan Teluk Lipat Dungun, ianya menempatkan pelajar tingkatan  4 & 5.  Sekolah Menengah IMTIAZ Bawah terletak di Jalan Sura Jeti Dungun yang menempatkan pelajar tingkatan 1, 2 & 3.

Sesi persekolahan di IMTIAZ bermula jam 7.40 pagi dan tamat pada jam 4.30 petang. Pengambilan pelajar adalah berdasarkan keputusan 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).  Pelajar yang memohon akan menjalani proses temuduga hafazan dan temuduga personaliti.